Saturday, May 22, 2010

E-Kamus 5.02 - Perisian Kamus Elektronik Yang Mampu Dimiliki



Selamat datang ke laman web e-KAMUS. e-Kamus adalah merupakan pengedar online untuk perisian e-kamus yang dikeluarkan oleh Alaf Teras iaitu e-Kamus 5.02. E-Kamus 5.02 ialah perisian kamus yang perlu dipasang di komputer anda bagi menjadikan komputer anda sebuah kamus elektronik. E-Kamus 5.02 adalah kamus dwibahasa Inggeris-Melayu, Melayu-Inggeris yang dilengkapi dengan penyemak ejaan (spell checker) Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Alaf Eja. E-Kamus 5.02 juga turut disertakan dengan data 18 jenis kamus tambahan yang boleh digunakan bersama perisian e-Kamus ini. Maklumat mengenai kamus-kamus tambahan ini boleh anda perolehi dalam keterangan selanjutnya di halaman ini.

Laman web ini tidak menyediakan perkhidmatan kamus online. Banyak masa dan tenaga perlu diperuntukkan untuk menyediakan perkhidmatan kamusonline kerana maklumat perkataan dan terjemahan perlu dimasukkan semula ke dalam skrip laman web bagi membolehkannya berfungsi secara online. Walaupun bukan merupakan perisian kamus onlinee-Kamus 5.02 adalah pilihan terbaik buat anda kerana ianya amat mudah digunakan, menjimatkan masa dan ianya juga boleh di bawa ke mana sahaja jika dipasang di komputer riba anda.

Walaupun ianya sebuah perisian, e-Kamus 5.02 bukanlah merupakan produk maya. Ianya merupakan produk fizikal yang akan dihantar ke rumah atau pejabat anda selepas anda membuat pembelian dengan E-Kamus-Malaysia. Anda akan mempunyai hard copy untuk simpanan dan pemasangan semula jika komputer anda menghadapi masalah. Anda akan dibekalkan dengan CD-rom dan buku panduan pemasangan. Komputer anda tidak perlu disambungkan dengan internet untuk menggunakan e-Kamus. (Tidak perlu online).


Set e-Kamus 5.02 yang akan dihantar kepada anda

Anda hanya perlu menggunakan tetikus komputer anda sahaja untuk mencari makna perkataan. Dwi-klik (double-click) pada perkataan yang anda tidak faham dan anda akan memperolehi makna dengan serta-merta. Ianya sungguh mudah untuk sesiapa sahaja terutama kepada mereka yang menggunakan komputer untuk tugas seharian atau pembelajaran. Pencarian juga dapat dilakukan dengan pantas menggunakan butang Alt+cursor. (Tekan butang Alt dan tunjukkan perkataan yang tidak difahami dengan kursor tetikus anda)

 

Pemasangan e-Kamus 5.02

Pemasangan e-Kamus 5.02 adalah amat mudah kerana ia menggunakan fungsi autorun komputer anda. Masukkan CD pemasangan e-Kamus 5.02 dan ikuti arahan di skrin komputer anda - dengan hanya beberapa klik sahaja e-Kamus 5.02 akan siap dipasang di komputer anda dan siap sedia untuk digunakan. panduan lengkap pemasangan dan pendaftaran e-Kamus 5.02 disertakan di dalam buku panduan e-kamus 5.02 anda.

 

Pendaftaran e-Kamus 5.02

Selepas pemasangan, e-Kamus anda boleh berfungsi sebagai percubaan sebanyak 10 kali buka dan tutup program. Anda mesti mendaftarkan e-Kamus 5.02 anda untuk terus menggunakan perisian ini. Pendaftaran adalah percuma. Pendaftaran boleh dilakukan sama ada melalui laman web ataupun menerusi SMS. Panduan pendaftaran melalui SMS disertakan di dalam buku panduan e-Kamus 5.02 anda.

Gunakan kod yang diperolehi SMS atau email untuk mengaktifkan e-Kamus 5.02 anda. Selepas itu anda boleh menggunakan e-Kamus 5.02 pada bila-bila masa dan tanpa had penggunaan.

Kandungan e-Kamus 5.02

Perisian e-Kamus 5.02 telah dimasukkan dengan kamus dwibahasa Inggeris-Melayu dan Melayu-Inggeris Alaf Teras (AT). Walau bagaimanapun ia turut disertakan dengan 18 jenis kamus lain (CD dibekalkan) yang anda boleh masukkan ke dalam perisian e-Kamus anda dengan mudah. Anda cuma perlu klik pada fungsi Add/Remove Dictionary di dalam menu Option perisian e-Kamus 5.02 anda dan ianya akan disimpan ke dalam perisian kamus anda.
Pada keseluruhannya, di bawah ialah jenis-jenis kamus yang akan anda dapati di dalam perisian e-Kamus 5.02 anda selepas anda melakukan pemasangan dan memasukkan kamu-kamus tambahan:







1. Kamus English-Malay (AT)

2. Kamus Malay-English (AT)
3. Kamus English-Malay (Times)
4. Kamus Istilah Matematik (DBP)
5. Kamus Dewan Edisi Ketiga (DBP)
6. Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP)
7. Kamus English-Melayu (DBP)
8. Kamus Istilah Kejuruteraan (DBP)
9. Kamus Istilah Komputer (DBP)
10. Kamus Melayu-English (KM)
11. Kamus Istilah Sains (DBP)
12. Kamus English Oxford
13. Dictionary of Medicine
14. Dictionary of Computer
15. Kamus English Peter Collin
16. Kamus Kamus Melayu Arab (asas)
17. Kamus Melayu-Cina (asas)
 

Lain-lain Kelebihan e-Kamus 5.02

Selain daripada kelebihan mempunyai 17 buah kamus dan penyemak ejaan Bahasa Melayu yang mantap iaitu Alaf Eja, e-Kamus 5.02 juga mempunyai kelebihan-kelebihan seperti yang disenaraikan di bawah berbanding dengan perisian kamus lain di pasaran.


1. Harga Yang Murah
Kos untuk memiliki sebuah kamus elektronik lain yang mengandungi kamus Bahasa Melayu di pasaran adalah sangat mahal. E-Kamus 5.02  menawarkan perisian kamus berkualiti tinggi yang boleh dipasang di komputer anda bagi menjadikan komputer anda sebuah kamus elektronik pada harga yang kurang daripada RM100.00. Tidak perlu membeli kamus elektronik secara berasingan.


2. Carian Pantas
Enjin carian e-Kamus 5.02 adalah berkuasa tinggi membolehkan anda membuat carian makna perkataan dengan pantas.


3. Fungsi Suara (Sebutan Perkataan)
Fungsi suara (sebutan perkataan) di dalam e-Kamus 5.02 dapat membantu anda menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul . Fungsi suara ini juga dapat membaca ayat yang diberikan secara berterusan tanpa henti.


4. Editor Kamus
Anda boleh menggunakan editor kamus yang terdapat di dalam e-Kamus 5.02 untuk menghasilkan kamus peribadi anda sendiri untuk rujukan anda di masa hadapan.


5. Kamus di dalam kamus
Fungsi 'kamus di dalam kamus' yang terdapat di dalam e-Kamus 5.02 memberikan huraian yang lengkap tentang sesuatu perkataan.


6. Kemas kini dan naik taraf percuma
Setiap pengguna berdaftar e-Kamus 5.02 akan mendapat kemas kini dan naik taraf percuma apabila edisi baru dikeluarkan. Sila lawati laman web ini dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat.


7. Berintegrasi dengan MS Words 2007 dan sesuai untuk Windows Vista
Perisian e- Kamus 5.02 adalah sesuai untuk digunakan untuk Windows XP dan Windows Vista.

Sila dapatkan e-Kamus 5.02 anda sekarang. Saya akan membuat penghantaran menggunakan Pos Ekspres. Penghantaran dijamin pantas dan selamat!

Produk kami adalah tulen!

Walaupun e-Kamus 5.02 mempunyai ciri keselamatan yang ketat dan tidak dapat diciplak sewenang-wenangnya, namun terdapat beberapa produk perisian kamus di pasaran yang mempunyai ciri-ciri luaran yang hampir serupa seperti dalam penggunaan nama dan pembungkusan. Anda diminta berhati-hati ketika membuat pembelian di luar sana agar tidak terbeli produk yang rendah kualitinya dan gagal berfungsi.

Alaf Teras mempunyai pengalaman yang luas dalam pengeluaran perisian e-Kamus. Alaf Teras telah mengeluarkan e-kamus sejak tahun 2000 lagi bermula dengan e-Kamus Versi Nusantara dan saya menjadi pengedar sejak tahun 2004 bermula dengan e-Kamus Versi 5.01 manakala E-Kamus-Malaysia.com pula mula beroperasi sejak 1 Jun 2005.

E-Kamus 5.02 Alaf Teras adalah berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta mempunyai pelekat "Tulen" KPDNKK.




Produk e-Kamus yang anda beli daripada E-Kamus-Malaysia adalah dijamin tulen dan berkualiti tinggi. Setiap unit mempunyai nombor siri yang berlainan dan disertakan dengan surat jaminan.

Selain daripada itu produk perisian e-Kamus 5.02 juga mendapat pengiktirafan daripada badan-badan dan institusi pendidikan di Malaysia. Berikut adalah surat-surat sokongan yang pernah diterima untuk perisian e-Kamus 5.02.




Ya!  Produk Berkualiti Yang Bukan Senang Hendak Cari Di Pasaran,
(Tidak Dijual Di Kedai Buku)
Dapatkan e-Kamus Anda Di Sini Sekarang !

Sebarang tempahan boleh dibuat di ruangan komen (komen anda tidak akan di paparkan) dengan disertakan :

1. Nama
2. Alamat
3. No. Tel

ATAU

Boleh terus hubungi saya selaku pengedar e-KAMUS

Junaidi (013-666 0473)